Archive for April, 2014

Image

MY RATING:
10/10

– Kisah menggoda dan digoda Zafry/Adra sangat kelakar terutama sekali babak ketika Adra mencuba semua peralatan dalam bilik mini Gym Zafry.
– Hampir2 mengalirkan air mata juga untuk beberapa babak tetapi masih mampu ditahan. – Satu yg menarik mengenai kisah ini ialah Adra tidak pergi melarikan diri atau membawa diri merajuk ke tempat lain setelah segala rahsia terbongkar dan hatinya hancur. Sebaliknya, dia masih kekal di sisi suaminya dan berusaha memujuk hatinya untuk memaafkan suaminya. Dia sangat positif menghadapi semuanya walaupun pada permulaannya dia sukar menerima segala. Zafry pula berusaha untuk berubah dan memperbaiki hubungan antara dirinya dengan ayah dan isterinya kerana berasakan dia tidak memperolehi kebahagiaan setelah melaksanakan dendamnya.

NOVEL SUMMARY:
Demi untuk mengembalikan semula anaknya ke landasan yg betul, Tan Sri Hamzah memanggil anaknya pulang ke Malaysia dan berjanji menyerahkan syarikat kpd Zafry dengan syarat Zafry mengahwini gadis pilihannya.Zafry bersetuju dan di sebalik itu dia ada rencananya sendiri untuk menyakiti hati ayahnya. Pengalaman masa kecil diabaikan ayahnya menyebabkan dia bertekad tidak mahu berkeluarga. Setiap perempuan yg ditiduri hanya untuk suka2 dan dia tidak mahukan sebarang komitmen. Adra sedar bahawa keputusan mengahwini Zafry mungkin bakal menyakiti hatinya tetapi dia bertekad akan berusaha untuk mengubah kehidupan Zafry. Berbagai cara diguna untuk menggoda sehingga akhirnya Zafry tergoda. Tetapi berita akan kehamilan dirinya membuatkan Zafry terkejut. Ketika dia mengalami pendarahan, Zafry berdoa agar anaknya tidak diselamatkan dan kata2 itu didengar Tan Sri Hamzah. Kerana ingin menjaga kebajikan Adra, Tan Sri Hamzah membuat perjanjian baru dgn Zafry tetapi Zafry berniat akan melepaskan Adra sebaik sahaja dia selamat melahirkan. Rahsia terbongkar dan pada hari yg sama Adra menerima berita kematian kedua org tuanya. Walaupun hatinya sakit tetapi dia masih setia menjadi isteri Zafry kerana nasihat ibunya yg mengatakan bahawa kedudukan isteri adalah di sisi suami. Keadaan hubungan yg dingin membuatkan Nafiz (teman baik Zafry yg telah lama menyimpan perasaan kpd Adra) ingin mengambil kesempatan untuk memikat Adra. Tetapi cubaannya sentiasa dihalang Love, adik sepupu Zafry. Setelah puas memujuk dan merajuk akhirnya Zafry/Adra berbaik dan rumahtangga mereka terselamat. Perkara sebaliknya berlaku kpd Nafiz/Love kerana Nafiz terlanjur meniduri Love dan menyebabkan Love mengandung. Kerana takut, Love mengambil jalan mudah menggugurkan kandungan yg hampir meragut nyawanya sendiri. Sejak peristiwa itu, Nafiz berasa bersalah walaupun sblm ini telah ramai wanita yg ditiduri dan diberi wang untuk menggugurkan kandungan tetapi dengan Love dia rasa ingin bertanggungjawab. Akhirnya dia melamar Love dan Zafry memberi syarat agar Nafiz bersama2 mendalami ilmu agama kerana dia yg akan memimpin Love sementalah dia tidak mahu Love menukar agamanya semata2 untuk berkahwin tetapi untuk memahami dan mengamalkan ajaran Islam. Penghujungnya, Tan Sri Hamzah mengahwini Mak Edah. Wazien (anak Zafry/Adra) melamar Cinta (anak Nafiz/Love) di hadapan Nafiz. Mereka hanya menggeleng melihat gelagat anak2 mereka yg masih kecil itu.

Image

MY RATING:
8/10
Penceritaan yg  bagus tetapi ada sesetengah babak seolah2 muncul dengan tiba2. Tetapi momentum pembacaan masih boleh dikekalkan seperti mana membaca novel lain penulis, Sungguh! Aku Gilakan Kau.Menyampah jugaklah dengan watak ibu Dhia yg masih lg menyebelhai anak tirinya walaupun tahu apa yg telah dilakukan. Sebaliknya menyalahkan arwah ayah Dhia dan Dhia & abangnya Zain atas nasib yg menimpa dirinya.

NOVEL SUMMARY:
Dhia memutuskan hubungannya dengan Fariz setelah mengetahui Fariz merupakan anak ayah tirinya yg ingin merampas harta dia dan abangnya. Dia semakin membenci Fariz kerana Fariz hampir merogolnya dan sejak itu dia melarikan dirinya dari Fariz. Ketika urusan kerja di Penang, dia bertemu dgn rakan chattingnya, Naufal. Apa yg dia tidak ketahui, Naufal mempunyai persepsi lain terhadap dirinya dan apa yg Naufal tidak tahu bahawa selama ini yg chatting bersamanya ialah teman office Dhia yg gedik. Kerana itu dia cuba merogol Dhia tetapi tidak berjaya. Malangnya, mereka berdua terlanjur ketika Dhia mencari perlindungan di rumah Naufal kerana takut dikejar Fariz. Naufal menunjukkan rasa tidak mahu bertanggungjawb dan mereka berpisah dgn harapan tidak akan bertemu lagi. Setelah bbrapa lama mereka bertemu semula ketika Dhia ada urusan kerja di Kuantan. Pertemuan itu membongkar cerita bahawa Dhia mengandung. Naufal pula berasakan Dhia lain dari wanita yg pernah ditiduri merasakan dia perlu bertanggungjawab. Akhirnya dia melamar Dhia dan memberitahu risiko sekiranya Dhia menolak dan akhirnya Dhia meneriima lamaran Naufal. Aksi gaduh2 manja, merajuk/memujuk, menggoda/digoda mewarnai kehidupan rumah tangga mereka. Ketika sedang berbahagia mereka diuji apabila Dhia keguguran. Walaupun sedih, org2 disekeliling bersyukur kerana sekurang2nya anak yg bakal dilahirkan tidak akan melalui saat susah dan memalukan sekiranya sudah besar nanti. Fariz datang menganggu dan membuat onar pada malam hari ulang tahun Dhia. Naufal dan adik tirinya, Darwish ditembak dan begitu juga Dhia. Tetapi kesemua mereka selamat.
 

 

 

Image

MY RATING:

7/10
– Permulaan agak susah juga nak blend & masuk dalam cerita tetapi setelah membaca suku pertama novel, then boleh mula menghayati apa yg nak disampaikan penulis.
– For me, I suka watak Imran kerana perkembangan watak tidak Nampak ketara tetapi faktor pemangkin (watak Aiman) berjaya mewujudkan cemburu. Umairah sbg subjek penceritaan novel ini tidak begitu membangun wataknya. Hanya bersandarkan kpd perubahan imej & penampilan ttp peribadi & karakter ssh nak difahami. Tetapi salute jugak dengan pembgnan semula keyakinan diri setelah apa yg menimpa dirinya.

 NOVEL SUMMARY:
UMAIRAH/IMRAN – Imran berkeputusan mengahwini Umairah kerana simpati dgn keadaan Umairah yg tidak mempunyai wang utk mbayar denda & tidak mahu keluarganya tahu bhw dia ditangkap khalwat bsama Imran. Sehari slps kahwin, ayah Umairah meninggal setelah Imran menceritakan cerita sbnr yg mbawa kpd perkahwinan mereka ttp Umairah tidak tahu. Mereka tinggal di rumah sendiri ttp Imran menyuruh Umairah tinggal di dalm stor dan sentiasa mengingatkan Umairah bhw itu rmhnya & Umairah tidak blh membuat apa2 sesuka hatinya. Imran telah 4 thn bercinta dgn teman sebilik Umairah, Zulaikha yg akhirnya berkahwin dgn lelaki lain kerana berasakan dirinya tidak dpt menerima Imran. Imran sedih dan mulanya menganggap Umairahlah penyebabnya ttp akhirnya dia berasa cemburu melihat kemesraan Umairah dgn Aiman (anak jirannya). Ketika hatinya berjaya menerima kehadiran Umairah & Umairah membalas kasihnya, mereka diuji apabila Umairah diculik, dirogol, dicabul dan didera sehingga lumpuh oleh jiran tingkat atas yg menghadapi masalah mental.

UMAIRAH/MUZIR- Ketika Umairah mula merasakan hatinya terbuka untuk menyambut kasih Muzir, berita dia ditangkap khalwat bsama Imran memusnahkan impiannya. Dia berusaha melupakan Muzir dan menjarakkan dirinya drpd Muzir. Muzir kecewa setelah mendapat tahu perkahwinan Umairah dan terlibat kemalangan. Muzir merupakan sepupu Imran.

UMAIRAH/IQRAM – Wajah Umairah menyamai wajah arwah kekasih lama Iqram. Kerana ingin mengetahui siapa dalang di sebalik kematian kekasihnya, Iqram meminta Umairah membantunya dan di hadapan ibunya dia mengatakan Umairah kekasihnya sedangkan dia hanya menganggap Umairah tidak lebih dr seorg adik kerana hatinya masih mengenangkan arwah kekasihnya dan Umairah merupakan isteri org. Rahsia dalang di sebalik kematian kekasihnya terbongkar apabila org upahan ibunya cuba utk membunuh Umairah ttp berjaya diselamatkan Imran. Setelah itu, Iqram menjelaskan segalanya kpd Imran. Pd masa yg sama, hati Iqram mula terpaut dgn Juma, teman rapat Umairah yg selalu bsama Umairah ketika mereka bjumpa..

UMAIRAH/AIMAN- Aiman, anak jiran menganggap Umairah sbg kakak tetapi hubungan mereka dicemburui Imran. Disebabkan kehadiran Aiman, Imran mula menganalisis perasaannya terhadap Umairah. Ketika kehilangan Umairah, Aiman yg berjaya menjumpai Umairah tetapi pada permulaannya dia ingatkan Imran yg menganiayai Umairah. Dengan bantuan Aiman, Imran membawa Umairah tinggal di kawasan perkampungan nelayan untuk membangkit semula semangat Umairah.

UMAIRAH/MALIK – Tetiba muncul watak Malik yg menjadi pemusnah kebahagiaan. Dia membayangkan Umairah spt isterinya yg curang dengannya kerana melihat Umairah Nampak mesra bbual dgn bbrapa lelaki selain dr suaminya. Malik membunuh isterinya dan menyimpan mayat isterinya di dlm rumah. Malik merogol, memukul dan mendera Umairah dan membiarkan Umairah tergantung pada kipas di rumahnya. Dia ditembak mati oleh polis ketika sedang memukul Umairah yg sedang tergantung pd kipas dgn tali menjerut leher.

 

Penghujung novel, Imran membawa Umairah tinggal jauh dr kawasan rumah mereka dan berusaha untuk membangkitkan semangat Umairah dan memulihkan rumah tangga mereka.

Image

Novel ini diadaptasikan ke drama yg ditayangkan di HyppTV

Pelakon
Badrul -Kamal Adli
Mona -Emma Maembong
Wani – Nadya Shahera
Irfan – Erwin Dawson
Julia – Lia Natalia

MY RATING
8/10
– Membaca synopsis di belakang buku terus menarik minat untuk mengetahui jalan cerita & kudos to the writer. Berjaya menarik minat membaca dan meneruskan pembacaan untuk jalan cerita seterusnya. Tetapi rasanya kisah Wani dan Doktor Norma jika tidak wujud pun tidak mengapa.
– Geli hati membaca kisah lucu antara Mona dgn jirannya (Bad & Irfan) dan  anak muridnya (Zahid & Ariff  a.k.a Mini version of Bad & Irfan a.k.a Anak saudara Bad & Irfan)
– Overall, I prefer this novel compare to her’s Hantu punya Bos dan Menantu Mithali (nama pena lain)

 

NOVEL SUMMARY:

Kehidupan Mona huru-hara dengan kehadiran jiran yg suka menyakat, Bad & Irfan dan di sekolah berdepan dgn jiran versi mini, Zahid & Ariff yg kebetulannya merupakan anak saudara Bad & Irfan. Lebih2 lagi Bad dan Irfan sama2 menyakat dan mengatakan bhw dia ialah milik mereka. Bermacam gelaran diberikan kpd Mona (akak fashionita, Mona aku, Monalisa, Monafendy). Pada masa yg sama dia berusaha untuk melupakan kisahnya bersama Fareez, bakal suaminya yg meninggal dunia sehari sebelum majlis perkahwinan mereka. Atas alasan itu, dia menyerahkan urusan jodohnya kepada org tuanya.

Kedua orang tuanya telah menemui calon sesuai untuknya dan memberikan nombor telefon untuk dihubungi. En Tunang Tubi (TO BE) memulakan langkah perkenalan dan akhirnya mereka senang berborak dan bertukar pendapat. Pada masa yg sama, Mona masih perlu menghadapi Bad dan Irfan yg makin gemar menyakat. Kehadiran Taufik (Duda anak satu) dan adiknya, Amirul Rashid menambah lg perencah di kejiranan mereka. Teman serumahnya, Julia jatuh cinta terhadap Taufik dan berusaha untuk memikat dengan mengambil hati anaknya, Ema. Setelah bertukar2 perasaan dan mesej akhirnya Mona & Tunang Tubi membuat keputusan untuk berjumpa tetapi Mona membatalkan hasratnya setelah melihat kelibat Bad & Irfan berada di kawasan yg sama kerana dia tidak mahu menjadi bahan mereka berdua. Akhirnya, rahsia terbongkar yg Bad ialah En Tunang Tubi. Disebabkan permulaan kisah mereka yg penuh sakat-menyakat dan bermasam muka dan garang, Mona dan Bad berusaha untuk mengenali diri masing2. Akhirnya mereka berdua berkahwin.

Dalam novel diceritakan Mona sedang dalam proses untuk menghasilkan novel mengenai kisah cinta pertamanya dan setelah berkahwin suaminya menyuruhnya menulis mengenai kisah cinta mereka dan sama2 memberi tajuk novel, Jodoh Sebelah Pintu. Well, watak pengacau kisah rumah tangga mereka ialah Wani (ex-Bad) dan Doktor Norma (kawan sekerja Bad yg sanggup menggunakan ilmu hitam untuk memusnahkan rumah tangga mereka). Tetapi mereka berdua berjaya melalui dugaan yg datang. Penghujungnya, mereka menghadiri majlis perkahwinan Irfan (berkahwin dgn pesakit) dan Julia/Taufik tengah menunggu kelahiran bayi sulung mereka. Amirul Rashid pula diketahui seorg playboy.

Image

<<<Novel ni khabarnya akan dijadikan drama>>>

MY RATING:
7/10
Jalan cerita agak perlahan dan ada sesetengah muka surat, walaupun I skip tetapi I still masih lg boleh memahami jalan cerita. Idea menarik iaitu bagaimana seorang ustaz jatuh cinta dengan org biasa sebab selalunya asalkan ustaz jer org mesti bygkan akan berkahwin dengan org yg setaraf (bertudung labuh/tahap ustazah/perempuan baik2). Ariana dengan pelan memikat sehingga memeningkan kepala semua org dan Ustaz Mukhriz yg mengelak kerana takut menimbulkan fitnah. Paling kelakar, Ariana tidak kisah untuk pergi meminang Mukhriz kerana dia yakin itulah jodohnya. Sakit hati jugaklah dengan watak Awina. Memang tak ikhlas membantu.Boleh pulak nyawa manusia dia buat main2.

Overall, jalan cerita slow dan tidak dpt mengekalkan momentum agar saya terus membaca.

 

NOVEL SUMMARY:
8 thn sblm itu, dua manusia bertemu di dlm keretapi dan mereka bertukar2 buku di mana masing2 telah menulis sesuatu pada buku tersebut. Si gadis sentiasa berharap agar dpt bertemu lagi tetapi si lelaki tidak berani memberi harapan dan berharap kerana dia baru kecewa setelah gadis yg dicintainya dlm diam, Rabiatul Adawiyah pergi meninggalkannya dan kawan2 tanpa berita.

8 thn selepas itu, si lelaki menemui gadis yg sama di tepi tasik tetapi tidak menegur kerana takut milik org. Tetapi majlis kenduri yg dianjurkan abg Ariana memberi petunjuk kpd Mukhriz bahawa Ariana masih single. Ariana pula, terus menunjukkan minat dan berniat untuk memikat ustaz Mukhriz kerana dia yakin Mukhrizlah lelaki 8 thn sblm itu dan dia inginkan Mukhriz yg sama. Selepas bertukar mesej dan aktiviti memikat, akhirnya Mukhriz menerima Ariana menjadi suri.

Siti Awina, banduan wanita yg berterima kasih kepada Mukhriz kerana sudi membantunya dan memberi galakan agar dia tabah untuk mengharungi kehidupan di dalam penjara. Mukhriz membantu menjenguk anaknya, Puteri dan ibunya di kampung. Setelah dibebaskan, dia meminta Mukhriz mengahwininya kerana dia perlukan pelindung. Tetapi Mukhriz menolak kerana cintanya hanya untuk Ariana. Tetapi Ariana akhirnya akur setelah Awina meminta Mukhriz darinya sebagai balasan untuknya menderma buah pinggangnya kpd Mukhriz setelah buah pinggang Mukhriz rosak akibat kemalangan.

Zakuan, sepupu Ariana yg masih memegang janji yg diatur keluarga balik demi menuntut semula janji. Walaupun dia tahu Ariana sudah berkahwin tetapi dia masih berharap untuk memiliki Ariana sehingga dia sanggup menculik Ariana dan mencederakan Ariana. Tetapi, setelah kemalangan yg menimpa dirinya, dia insaf dan melepaskan Ariana untuk kebahagiaannya. Dia sanggup berdepan dengan Mukhriz agar membatalkan perkahwinan dgn Awina (Mukhriz mmg tidak berniat mengahwini Awina).

Akhirnya, Awina berkahwin dengan Syamsul (peguam yg byk membantunya) dan Mukhriz/Ariana bersatu kembali.