Posts Tagged ‘Karya Seni’

IMG_20150314_110010

MY RATING:
8/10

Walaupun I tak suke sangat dengan genre after lelaki tu rogol the heroin, then rasa menyesal dan mintak kawen dengan that heroin then fall in love, tetapi novel ni masih ada jugak jalan cerita yang still masih mampu menarik tumpuan I untuk membaca kisah Arina dan Haris. Apa yang menarik ialah watak jahat dalam novel ni tidak keterlaluan, logik dan tidaklah terlalu dramatic sangat sampai tahap sinetron.

NOVEL SUMMARY:
Arina/Harris kenal masa zaman sekolah di mana Harris memang budak nakal. Cabaran daripada kawan2 Harris untuk Harris menjadi titik hitam dalam hidup Arina. Kerana Harris dengan bangga mengatakan bahawa dia pasti berjaya mengambil gambar bogel perempuan yang dicadangkan oleh kawan2nya dan it happens that person is Arina. Setelah berjaya mendapatkan gambar bogel Arina tapi dia tidak sempat berbuat apa2 kepada Arina, Harris meninggalkan Arina di hotel setelah mendapat panggilan daripada ibunya. Arina trauma dan setelah habis sekolah dia tidak menyambung pengajian dan terus bekerja untuk menyara keluarga.

Beberapa tahun berlalu, dan akhirnya mereka bertemu semula ketika Arina menemankan kawannya ke kelab. Harris yang dikenali sebagai playboy dan sentiasa membawa perempuan untuk bermalam dengannya. Perempuan baginya umpama baju yang sentiasa bertukar ganti. Gambar bogel yg disimpan menjadi modal untuk Haris mengugut Arina. Dia terlalu memiliki Arina dan tidak akan bertindak melulu kerana dia mahukan Arina sukarela menyerah dirinya kepadanya tanpa perlu paksaan. Tetapi kerana perasaan cemburu, Harris bertindak mengikut nafsu dan melupakan janji dirinya sendiri apabila dia akhirnya merogol Arina. Selepas peristiwa tersebut, dia melamar Arina dan mengatakan dia akan bertanggungjawab. Kerana takut peristiwa tersebut membuahkan benih, Arina bersetuju untuk disatukan dan setelah yakin dirinya tidak mengandung dia meninggalkan Harris.

Setelah sekian lama, akhirnya mereka ditemukan lagi, kali ini yang lebih memeranjatkan Arina bahawa majikannya merupakan ibu Harris automatiknya merupakan ibu mertuanya. Harris pula kian berubah setelah menemui Arina dan berusaha untuk memikat Arina kembali tetapi tidak lagi mengakui akan cintanya terhadap Arina.

Kehadiran Carliff dalam hidup Arina meyakinkan Harris bahawa dia cinta dan ingin Arina untuk dirinya. Carliff pula sentiasa mengingatkan Arina siapa Haris sebenarnya yang menganggap perempuan umpama pakaian tanpa mengetui status sebenar hubungan Arina Haris. Dato Mahizan (ibu Harris) dalam diam menyiasat mengenai hubungan anaknya dengan Arina kerana merasakan perubahan anaknya adalah kerana Arina. Walaupun pada mulanya marah kerana rahsia perkahwinan tidak diberitahu kepadanya tetapi akhirnya dia menerima Arina setelah Harris menceritakan semua kisah dan perbuatannya terhadap Arina bermula dari zaman sekolah sehinggalah perkara yang membawa kepada perkahwinan mereka.

Harris/Arina meneruskan kehidupan mereka sehinggalah Carliff yang tidak boleh menerima kenyataan cuba untuk melakukan ssesuatu terhadap Arina. Disebabkan kejadian tersebut, Harris tidak memaafkan Carliff dan Arina trauma. Setelah lama menyepikan diri dan menerima kenyataan, Carliff muncul untuk memohon kemaafan daripada Harris/Arina. Arina menerima dengan hati tenang dan menyarankan mereka sentiasa berhubungan sebagai kawan baik. Harris yg pada mulanya enggan memaafkan Carliff akhirnya memaafkannya setelah dipujuk isteri dan ibunya.

IMG_20150314_100102

MY RATING :
9/10

penulis tidak pernah mengecewakan bermula dari Cinta Sedingin Mint dan Teman Lelaki Upahan. Walaupun rangka penceritaan lebih kurang sama untuk ketiga2 novel tetapi penulis bijak bermain dengan story telling dan perencah yang membuat pembaca untuk terus membaca sehinggalah muka surat terakhir. Jika sebelum ni kisah cinta more on perangai sengal heroin dan hero, tetapi novel terbaru ni I boleh katakana agak berat juga kerana melibatkan rahsia hitam dan teka-teki (well, memang susah nak terima bahawa ayah Airil dalang di sebalik kejahatan sebab takde clue sangat)

NOVEL SUMMARY:
FARRA HANI/AIRIL
– Sepupu tetapi hubungan mereka mengalahkan hubungan adik-beradik sebenar sementalah ayah mereka merupakan kembar. Airil menjadi tempat bergantung Farra dan hanya kepada Airil diceritakan peristiwa ketika kemalangan yang membunuh ayahnya. Farra menjadi kebencian ibu kandungnya sendiri dan Airil/ayahnya sentiasa ada di sisi menjaga Airil. Rahsia tersimpan akhirnya terbongkar. Ayah Airil mencintai ibu Farra tetapi kalah kepada saudara kembarnya. Ketika  mengandungkan Farra, ibunya dirogol ayah Airil dan kerana jijik, ibu Farra sanggup mengubah keputusan DNA mengatakan ayah Airil merupakan ayahnya padahal realitinya Farra merupakan anak kandung ayahnya.  Ayah Airil melakukan semuanya untuk memusnahkan kembarnya atas cinta yang tidak kesampaian. Pelan untuk membunuh ayah Farra tidak menjadi kerana kemalangan yang berlaku.  Ayah Airil bertindak menghapuskan semua yang ingin membongkar rahsianya kepada Farra dan Airil. Kerana kecewa, Airil melarikan diri dan tidak mengambil tahu akan ayahnya sehingga ayahnya meninggal. Farra masih belum mampu menerima dan memaafkan ayah Airil. Walaupun begitu, Airil/Farra masih berhubungan rapat seperti dulu. Novel berakhir dengan persoalaan Farra akan status Airil dan Erin (pekerja di butik Farra).

FARRA/MIKAIL – Farra mengintip Mikail kerana menyangkakan Mikail musuh di sebalik kematian bapanya tetapi sebaliknya dia sendiri jatuh cinta dengan Mikail. Mikail yang kecewa ditinggal kekasihnya, Azalea menemui keserasian bersama Farra tanpa mengetahui Farra perempuan yg dibenci kerana menjadi sebab perubahan adiknya, Mika. Setelah mengetahui Farra ialah Hani, Mikail cuba untuk membenci Farra. Ini kerana baginya Farra yang merosakkan Mika menjadikan Mika pemabuk dan tidak menghormati keluarganya. Farra cuba meyakinkan bahawa dia turut menasihatkan Mika tetapi semuanya di luar kawalan. Mika turut memberitahu keluarganya bahawa perubahan dirinya bukan disebabkan Farra tetapi dirinya sendiri yang tidak mampu menerima penolakan cintanya daripada Farra.

Rancangan diatur oleh Datuk Manaf (ayah Airil kerana dia sayangkan Farra dan dapat tahu perasaan Farra terhadap Mikail) dan menyebabkan mereka terpaksa dikahwinkan. Pada mulanya semuanya tegang, tetapi thanks to ayah mentua dan adik iparnya yang menyayanginya, akhirnya Mikail berdepan dengan kenyataan dan menerima Farra sebagai isterinya dan merasakan bahawa dia bertanggungjawab untuk melindungi Farra (setelah Airil memberitahu segalanya tentang Farra termasuk ancaman terhadap nyawanya. Well after that, Airil/Mikail jadi best frens).

Ibu Mikail tidak dapat menerima Farra dan menjadi bertambah benci setelah kematian Mika kerana menyelamatkan Farra dari tembakan. Ibu Mikail berusaha memisahkan mereka dan memaksa Mikail menerima Azalea tetapi Mikail menangani semuanya dengan tenang. Mulanya dia menyelesaikan isunya bersama Azalea di mana akhirnya Azalea menerima ayah kepada anaknya sebagai suami yang sah. Kemudian dia memujuk ibunya dan menceritakan segala tentang Farra kepada ibunya dan ini menyedarkan ibunya akan kebaikan dan keperitan hidup menantunya. Kehadiran Farra disambut dengan terbuka ke dalam keluarga Mikail. Kesungguhan ibu mentuanya memulihkan semula hubungan dengan ibu kandungnya membuat Farra terharu. Akhirnya segalanya kembali seperti yang sepatutnya dan semua berbahagia.

IMG_20150314_094447

MY RATING:
7/10
Well, terus membeli novel ni kerana percayakan penulis (Sebenarnya Saya Isteri Dia). Jalan cerita ada tetapi ketika membaca novel ni, perasaannya macam biasa dan tidak begitu mengusik emosi sangat.

NOVEL SUMMARY:
AYARA/DARREL
– Famili hantar oversea belajar tetapi tidak menghargai peluang tersebut. Balik cuti semester bagitau kat mak dia nak kahwin dan dia yakin Darrel tersebut boleh membahagiakan dia. Tetapi sebaliknya, ketika hari yang sepatutnya mereka kahwin, Darrel tidak muncul dan ini mengecewakan Ayara. Kerana malu, sebaik tamat pengajian dia tidak berani untuk balik kampung berjumpa keluarganya. Darrel tidak muncul kerana ugutan dari keluarganya yang tidak akan membiayai dirinya sekiranya meneruskan rancangan perkahwinannya dengan Ayara. Keluarganya telah menetapkan perkahwinan dengan Riyanna. Setelah menemui semula Ayara (telah bahagia bersama sepupunya,Raze), Darrel berusaha untuk mendapatkan semula Ayara. Dia sanggup menggunakan sepupu Ayara, Qisya (syok kat Darrel) dan kerana nafsu, mereka terlanjur menyebabkan Qisya mengandung. Kerana geram, Qisya mengugut Darrel untuk bertanggungjawab dan berjumpa dengan keluarga Darrel untuk memberitahu akan perangai anak mereka. Setelah perbalahan dengan ayahnya dan sedar akan kesalahan diri, Darrel pasrah akan kebahagiaan Ayara ialah Raze.

AYARA/RAZE – Raze sering menjadi pengacau hidup Ayara sedangkan hati Ayara tidak terbuka untuk menerima mana2 lelaki dalam hidupnya. Tetapi segalanya berubah setelah Ayara bertemu dengan adiknya dan penipuan demi penipuan akhirnya menjerit diri Ayara. Kehadiran ibunya turut memanjangkan lagi drama mereka. Cadangan ibunya mereka disandingkan dengan tujuan untuk mengumumkan perkahwinan mereka akhirnya menjadikan mereka suami isteri yang sebetulnya. Ketika rahsia terbongkar, Ayara yang pada ketika itu sudah yakin akan perasaannya kepada Raze memberitahu ibunya semua kebenaran. Pada mulanya ibunya tidak menerima tetapi akhirnya merestui perkahwinan mereka. Setelah melalui suka duka dendam benci akhirnya Ayara dan Raze tenang menjalani kehidupan berkeluarga mereka.

SUAMIKU PALING SWEET – ANJELL

Posted: December 30, 2014 in Novel
Tags: , ,

download

Update 11/6/2016

Novel ini akan diadaptasi ke drama TV3. Pelakon

Syafiq Kyle – Izz Haikal
Mawar Rashid – Qisya
Nik Adam Mika – Hafiy

MY RATING

9/10
Memang Sweet sampai I sendiri nakkan watak hero ni (Well, blh update my kriteria untuk lelaki idaman). Semasa membeli novel ni, I terus je bawak pergi cashier counter w/out membaca sinopsis kerana percaya dengan penulis (old habit tak boleh buang). Selain tu, novel Eksperimen Cinta penulis memang tip top (tak sempat nak buat review novel tu). Jalan cerita yang menarik dan love story tak meleret dan penulis bijak menggunakan watak budak kecik dalam penceritaan novel ini. Tak seperti sesetengah novel yg menggunakan budak kecik tetapi as medium untuk memancing perasaan kasihan dan prihatin watak heroin.
RINGKASAN NOVEL

Qisya diminta menjadi pengasuh sementara kepada cucu Pn Fatma, Hafiy kerana pengasuhnya sudah berhenti. Beberapa pengasuh sebelum ini hanya sementara kerana tidak tahan dengan perangai Hafiy. Apabila Qisya yg keras kepala bertemu Hafiy yang nakal, memang kecoh. Tetapi mereka akhirnya menjadi kawan baik setelah Qisya jatuh dari pokok ketika mengajar Hafiy memanjat pokok (memang sengal). Qisya berkenalan dengan pakcik Hafiy, Izz Haikal ketika insiden jatuh pokok. Sejak pertemuan itu, keduanya menyimpan debar setiap kali bertemu tetapi tidak mengetahui akan maksud debaran.

Satu peristiwa menyebabkan Izz/Qisya dikahwinkan. Qisya pada mulanya memberontak sehingga meninggalkan Izz dan Hafiy selepas diijabkabulkan. Setelah dipujuk dan Izz memberi ruang kpdnya untuk menenangkan diri, akhirnya Qisya kembali semula ke pangkuan Izz/Hafiy dengan syarat tiada seorang pun akan mengungkit pasal peristiwa yg menyebabkan mereka dikahwinkan. Selepas sesi pujuk memujuk, pikat memikat (serius sweet dan comel), akhirnya Qisya mengakui mencintai Izz dan Izz mengakui sudah lama mencintai Qisya. Part paling menarik adalah ketika Qisya bersungguh2 untuk menyembunyikan status dirinya daripada semua orang.

Well, standard bla da bahagia mesti akan muncul problem. Peristiwa hitam itu diungkit lagi dan menyebabkan Qisya meninggalkan Izz/Hafiy sekali lagi dalam keadaan mengandung. Dengan bantuan abangnya, Q dan adik iparnya, Hakimi, Qisya sedar dan kembali semula ke pangkuan Izz. Pada malam peristiwa tersebut, kawan baik Qisya Ikram berniat untuk menjadikan Qisya barang gadaian untuk melunaskan hutangnya kepada Danny. Ikram berjanji untuk bertanggungjawab ke atas Qisya setelah ditiduri Danny tetapi niat tersebut telah diketahui Izz dan dengan bantuan Q & Hakimi, dia membayar segala hutang Ikram dan memberi Danny 2 juta. Silap Qisya kerana menganggap dirinya telah dibeli Izz. Then selepas semuanya selesai, Qisya pun kembali semula kepada Izz.

Selesai kes kisah sebenar kahwin mereka, then muncul plak si Maya yg memang da lama syok kat Izz tp tak kene layan. Kerana marah, Maya ingin membunuh Qisya tetapi gagal kerana Izz sudah mengesyaki segalanya dan ini menyebabkan dirinya sendiri parah dan koma akibat kemalangan. Maya kene tangkap dan setelah bbrapa ketika, Izz sedar dr koma. Then, smuanya kembali happy dan tenang and mereka da dapat anak.

IMG_20141107_213127

MY RATING

7/10
Berbanding novel beliau Kau Perempuan Itu, I prefer this novel.  Pengolahan jalan cerita dia menarik. Tapi, penulis wujudkan watak Qushairi dan Fazri tetapi kisah mereka macam dipercepatkan, cukup sekadar untuk memperkenalkan. For me, rasanya if penulis kembangkan sikit watak dan karakter mereka berdua mungkin better lagi kot. Respek dengan Aulia, setelah sah menjadi isteri Ashraf, dia menjaga nama baik suaminya dan tidak menceritakan langsung bahawa suaminya telah merogol dirinya kepada ahli keluarga.

RINGKASAN NOVEL
Ashraff/Aulia berkenalan dengan cara paling unik. Mereka berebutkan stiletto merah yg membuatkan Aulia membuat perangai luar alam menjadi perempuan gedik semata2 untuk mendapatkan kasut merah drpd Ashraff tetapi gagal. Ashraff ingin menghadiahkan kasut tersebut kepada Helinna, teman wanitanya yg sedang menempa nama sebagai model antarabangsa. Ashraff/Helinna sudah lama bercinta dan kedua keluarga sentiasa saling mengingati perjanjian untuk menyatukan anak2 mereka.

Keluarga Ashraf/Aulia mengenali sesame mereka dan ibu Ashraf menyenangi Aulia kerana dia tidak begitu suka Ashraf bersama Helinna. Hubungan Ashraf/Alia “dieratkan” lagi kerana mereka bekerjasama untuk projek. Lebih mengejutkan Ashraf, Aulia berkawan baik dengan Helina. Ketika urusan kerja, Helinna datang membuat kejutan dan Ashraf salah sangka terhadap Aulia. Sangkanya Aulia sengaja ingin membocorkan rahsianya berfoya2 dan meniduri perempuan2 kpd Helinna. Akibatnya, dia telah merogol Aulia kerana beranggapan Aulia inginkan perhatian dan belaiannya.
Akibat dirogol, Aulia disahkan mengandung dan ini mengundang kemarahan keluarganya tetapi dia tetap tidak memberitahu siapa pelakunya. Demi maruah keluarga, ayahnya meminta bantuan ibu Ashraff agar menerima Aulia. Ashraff setuju untuk mengahwini Aulia kerana ibunya berjanji akan merestui perkahwinannya dengan Helinna jika dia setuju selain rasa bersalah setelah mendapat tahu perkara sebenar bahawa Aulia tidak pernah merancang menjatuhkannya.

Ashraf/Aulia berkahwin tetapi dirahsiakan daripada pengetahuan semua. Mulanya Ashraf tidak menerima Aulia dan menghabiskan masa untuk menguruskan perkahwinannya dengan Helinna. Aulia berusaha menjadi isteri terbaik dan Ashraf dapat merasakan dirinya mula mencintai Aulia. Tetapi kerana ego dan keliru, dia meneruskan perkahwinan dengan Helinna tetapi telah ditinggalkan beberapa jam setelah perkahwinan mereka kerana Helinna tidak boleh menerima kebenaran akan kehidupan sebenar Ashraf yg berfoya2 dengan perempuan sehingga ke bilik tidur. Ashraf kembali ke sisi Aulia dan mereka berusaha menjadi pasangan terbaik.

Rahsia perkahwinan mereka terbongkar memaksa Aulia menceritakan peristiwa hitamnya kepada Fariz dan Helinna seterusnya melibatkan campur tangan keluarga. Ashraf/Aulia dipisahkan. Aulia ke luar negara dan Ashraf menyibukkan diri dengan kerja tetapi mereka sentiasa mengingati akan diri masing2. Setelah beberapa tahun, Aulia balik bersama anaknya Alisya. Semua berusaha untuk memulihkan hubungan yg berserabut. Akhirnya, semuanya berbaik dan mereka meneruskan kehidupan. Ashraff menghadiahkan kasut merah yg menjadi rebutan antara dirinya dan Aulia kpd Aulia.