Archive for April 16, 2014

Image

<<<Novel ni khabarnya akan dijadikan drama>>>

MY RATING:
7/10
Jalan cerita agak perlahan dan ada sesetengah muka surat, walaupun I skip tetapi I still masih lg boleh memahami jalan cerita. Idea menarik iaitu bagaimana seorang ustaz jatuh cinta dengan org biasa sebab selalunya asalkan ustaz jer org mesti bygkan akan berkahwin dengan org yg setaraf (bertudung labuh/tahap ustazah/perempuan baik2). Ariana dengan pelan memikat sehingga memeningkan kepala semua org dan Ustaz Mukhriz yg mengelak kerana takut menimbulkan fitnah. Paling kelakar, Ariana tidak kisah untuk pergi meminang Mukhriz kerana dia yakin itulah jodohnya. Sakit hati jugaklah dengan watak Awina. Memang tak ikhlas membantu.Boleh pulak nyawa manusia dia buat main2.

Overall, jalan cerita slow dan tidak dpt mengekalkan momentum agar saya terus membaca.

 

NOVEL SUMMARY:
8 thn sblm itu, dua manusia bertemu di dlm keretapi dan mereka bertukar2 buku di mana masing2 telah menulis sesuatu pada buku tersebut. Si gadis sentiasa berharap agar dpt bertemu lagi tetapi si lelaki tidak berani memberi harapan dan berharap kerana dia baru kecewa setelah gadis yg dicintainya dlm diam, Rabiatul Adawiyah pergi meninggalkannya dan kawan2 tanpa berita.

8 thn selepas itu, si lelaki menemui gadis yg sama di tepi tasik tetapi tidak menegur kerana takut milik org. Tetapi majlis kenduri yg dianjurkan abg Ariana memberi petunjuk kpd Mukhriz bahawa Ariana masih single. Ariana pula, terus menunjukkan minat dan berniat untuk memikat ustaz Mukhriz kerana dia yakin Mukhrizlah lelaki 8 thn sblm itu dan dia inginkan Mukhriz yg sama. Selepas bertukar mesej dan aktiviti memikat, akhirnya Mukhriz menerima Ariana menjadi suri.

Siti Awina, banduan wanita yg berterima kasih kepada Mukhriz kerana sudi membantunya dan memberi galakan agar dia tabah untuk mengharungi kehidupan di dalam penjara. Mukhriz membantu menjenguk anaknya, Puteri dan ibunya di kampung. Setelah dibebaskan, dia meminta Mukhriz mengahwininya kerana dia perlukan pelindung. Tetapi Mukhriz menolak kerana cintanya hanya untuk Ariana. Tetapi Ariana akhirnya akur setelah Awina meminta Mukhriz darinya sebagai balasan untuknya menderma buah pinggangnya kpd Mukhriz setelah buah pinggang Mukhriz rosak akibat kemalangan.

Zakuan, sepupu Ariana yg masih memegang janji yg diatur keluarga balik demi menuntut semula janji. Walaupun dia tahu Ariana sudah berkahwin tetapi dia masih berharap untuk memiliki Ariana sehingga dia sanggup menculik Ariana dan mencederakan Ariana. Tetapi, setelah kemalangan yg menimpa dirinya, dia insaf dan melepaskan Ariana untuk kebahagiaannya. Dia sanggup berdepan dengan Mukhriz agar membatalkan perkahwinan dgn Awina (Mukhriz mmg tidak berniat mengahwini Awina).

Akhirnya, Awina berkahwin dengan Syamsul (peguam yg byk membantunya) dan Mukhriz/Ariana bersatu kembali.